Pepatung dalam kehidupan manusia Pepatung

Di Eropah, pepatung selalu dianggap sebagai satu ancaman. Di sebahagian negara Amerika Selatan, pepatung juga dipanggil metacaballo yang bermaksud pembunuh kuda memandangkan ia dilihat boleh mendatangkan bahaya kerana sesetengah spesies adalah sangat besar untuk dikategorikan sebagai serangga. Walau bagaimanapun, pepatung mempunyai reputasi yang lebih baik di Asia Timur dan pedalaman Amerika. Di pedalaman Amerika, ia dipercayai sebagai simbol perubahan selepas berusaha bersungguh-sungguh melakukan sesuatu. Di negara Jepun pula, pepatung dianggap sebagai lambang keberanian, kekuatan dan kegembiraan, malah ia sering dipersembahkan dalam seni dan kesusasteraan terutamanya haiku. Pepatung juga pernah digunakan sebagai ubat pada zaman dahulu di negara China dan Jepun. Di sebahagian kawasan di Bumi seperti di Indonesia, ia juga merupakan sumber makanan yang dimakan sama ada dewasa ataupun larva.

Gambar-gambar menarik tentang pepatung adalah biasa dalam Art Nouveau, terutamanya dalam mereka bentuk barang kemas. Ia juga digunakan sebagai motif dekoratif pada fabrik dan hiasan rumah.